Syarikat Top Tents Management & Services Sdn Bhd merupakan syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan penyewaan khemah pasang siap atau kanopi bagi kemudahan kenduri kendara dan pelbagai majlis luaran ataupun keraian. Berprinsipkan “Perkhidmatan Yang Berkualiti & Efisyen. Hanya Yang Terbaik Untuk Anda…” TOP TENTS mementingkan kualiti kerja dan perkhidmatan yang terbaik bagi memenuhi segala keperluan dan citarasa para pelanggan yang dihormati disamping memperkenalkan produk barangan yang terkini dan sesuai untuk pelbagai majlis dalaman dan luaran. Di samping itu, harga yang ditawarkan oleh syarikat kami adalah berpatutan dan boleh dibincangkan serta mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
Syarikat kami juga merupakan kontraktor bagi Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA ), Malaysian Liquid National Gas (MLNG), Shell MDS, Bintulu Port Sdn Bhd, Samalaju Port Sdn Bhd, Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Golden Hope Sdn Bhd, Samling Sawmill Sdn Bhd dan pelbagai lagi sektor awam dan swasta. Di samping itu, pihak kami juga menerima tempahan orang perseorangan di mana kami juga menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai majlis perkahwinan dan keramaian.
Bagi menaiktambah perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan, pihak kami telah menubuhkan syarikat Top Tents Exposystem Sdn Bhd untuk menjadi pembekal peralatan untuk keperluan ekspo, pameran dan aktiviti jualan untuk aktiviti dalaman dan lurarna di negera Sarawak. Syarikat Top Tents Exposystem ini akan memulakan operasi di bahagian Kuching pada tahun 2016.
Di masa yang akan datang, Top Tents Management & Services Sdn Bhd berhasrat untuk memperluaskan bidang perniagaan yang diceburi dengan menceburi bidang pengurusan acara atau Event Management yang mana pihak kami berhasrat untuk menubuhkan unit Pengurusan Acara iaitu Top Tents Event Management Team yang berperanan khusus di dalam melaksanakan aktiviti perancangan dan pengelolaan majlis. Di samping itu, pihak kami juga bercadang untuk membuat pelaburan dalam sektor penyediaan makanan & katering di mana ianya berkaitan rapat dengan aktiviti perniagaan syarikat. Pihak kami juga merancang untuk meluaskan sayap perniagaan kami ke beberapa Bandar utama seperti Bandar Mukah, Bandar Sibu dan juga di Bandaraya Miri memandangkan pasaran semasa yang menggalakkan dan berpotensi tinggi.Ini selaras dengan pelbagai jenis promosi dan aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh oleh pihak kerajaan dan swasta bagi memajukan kawasan bandar Mukah, Sibu, Bintulu dan juga di Bandaraya Miri di masa yang akan datang.
Visi Syarikat
Misi Syarikat
Objektif Syarikat
Tel : 013-8306007
Email : pyanmtd2020@gmail.com
pyanmtd2006@yahoo.com
Penolong Pengurus
Tel : 019-8841848, 012-8757552
email : ogeey@yahoo.com
Alamat : No.332 Lot 2338 Kpg Assyakirin 97000 Bintulu Sarawak Malaysia
Telefon: (086) 333475
Fax: 086-312659
Handphone : 013-8306007, 012-8460048, ( Suffian )
019-8841848, 012-8757552, ( Sufri )
019-8141312 ( Hj Awang Yakup )
Email: pyanmtd2020@gmail.com
ogeey@yahoo.com